MENGENAI KAMI
OBJEKTIF PUSPANITA
1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan
menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di
semua peringkat perkhidmatan.
2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan
kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program
kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam
aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut
derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan
perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk
semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan
pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.
6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan
aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada
kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh
memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan
faedah ahli.
7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat
semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk
melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak
sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli
persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran yang di buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau
perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini,
dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.
Comments
Post a Comment