Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman ke Daerah Padang Terap

Pada 7 Mei 2016, PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Lawatan Turun Padang di Daerah Padang Terap. Pada lawatan kali ini, Pengerusi PUSPANITA juga turut menyertai bagi menyempurnakan majlis. Lawatan pertama PUSPANITA pada 9.00 pagi bertempat di Agro Farm, Semeliang. Pengerusi PUSPANITA telah merasmikan lawatan dengan melawat kawasan sekitar Agro Farm yang terkenal dengan penternakan rusa serta dikenali sebagai Mini Zoo di daerah Padang Terap.











Tuan Pegawai Daerah memberi ucapan bagi mengalukan Pengerusi PUSPANITA serta jemputan lain.


Datin Hajah Azuyah Binti Hassan, selaku Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah memberi ucapan serta merasmikan Majlis Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah Ke Daerah Padang Terap.


Antara penerima Anugerah Tokoh PUSPANITA Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2015









Lawatan PUSPANITA yang seterusnya bertempat di Tasik Pedu, bagi menyempurnakan aktiviti menanam pokok sebagai simbolik PUSPANITA mencintai alam sekitar. Seterusnya, para jemputan dibawa melawat disekitar Tasik Pedu serta jamuan makan tengahari di Seri Mahawangsa Boat House.










Comments